Thursday, February 19, 2009

SELIPAR ITU SIMPLE LIFE


terdetik, terlintas, terlalu, terkejut....terkentut. hahahaa. tapi sebenarnya takde kaitan pon sume itu. saje nak meluahkan ape yg tibe2 nak terkeluar dari kotak fikiran. haha. ape bende la aku nie. aku sendiri pon tak paham. walala. nampak tak perbezaan? aku dah kurangkan titik dan dot dot dot. hahaha. aku rase cam tak best plak. cam menyemak. haha. tapi mana tau kot2 aku terguna balik dot dot dot polka dot neh. ngeee.

life is so simple. cam selipar kan. siap2 sarung selipar pastuh kuar. ahaks. itu aku. kemana2. selipar jek. senang. ringkas. selesa. merelaxkan. haaaa? benar kah itu? bagi sesiapa yg tak kisah cam aku, mengenakan selipar itu sangat la mengembirakan hati. takyah nak pk ape2. siap2 kan diri rembat jek selipar. pastuh blah. even nak p dating pon, selipar ok wat. hahaha. tapi tgk gak dating cemane. kalo dating yg ala2 nak manje2, pakai kasut len la. hahaha. kalo dating agak relax, aku dan dia sama dengan selipar. hahaha.

penceritaan life bermula.

kenapa life cam selipar pada pendapat aku ini?

kerana kalo korang perasan, selipar sesuatu yang simple. tak berat. tidak terlalu sarat. sepertimana kehidupan. lalui kehidupan dengan sesimple yang mungkin tanpa ada sebarang masalah yang berat utk dipikul dan lalui hidup ini dengan ketenangan tanpa memikirkan sesuatu yang sarat. kehidupan harus dilalui dengan kerelax-san. i mean bukannya takyah pk kan hal2 lain langsung, tetapi hadapi sebarang pendebatan hidup dengan sebaik mungkin. sebarang kemungkinan pasti akan terjadi. tetapi jangan gopoh jangan gelojoh jangan goyah nnt kita yang tak dapat nak kayoh akhirnya terjatoh. [ sengaja letak o o o kat belakang, mau kasik sama..hehe..] tak perlu memikirkan sesuatu yang beban, cuma pikirkan sesuatu yang berada didepan mata, dan laluinya dengan selamba, kelak kita takkan hampa takkan terkecewa. selipar is happy. tak payah nak pk sakit2 kaki. kerana kita tak penting diri. sesuatu yang menyakitkan hati. sarung dan berjalan2 dengan happy sekali. selipar tergolong pada kotak pikiran manusia sekeliling tentang sesuatu yang tidak sepatutnya. nampak murah. nampak tidak sepadan. nampak sesuatu yang diperlecehkan. tapi kenapa? guna duit kau ka? kalo bukan, leave me alone...!! persepsi manusia sekeliling tidak dapat mematahkan semangat kita utk sesuatu yang kita mahu melengkapinya. biarkan kata orang. pekakkan telinga. tutup mata. sepertimana pekakkan telinga dari tohmahan yang tak masuk dek akal. sepertimana pejamkan mata. jangan pandang kebelakang. teruskan usaha. kejayaan itu sesuatu hak milik kita. bukan sebarang keciplakan.

hayuni langkah dengan gembira sepertimana selangkah kehidupan kita kehadapan. jangan mengalah dengan kemurahan, biarkan itu suma kerana ianya bukan pematah semangat. pandangi mata dengan kewarnaan dan keceriaan kerana ianya penyeri kehidupan yang sebenar. tambahkan aksesori yang menyedapkan mata kerana ianya adalah satu tambahan pada kehidupan kita yang selalu memberi makna. ketepikan sesuatu yang berat dan sarat kerana ianya akan mengganggu jiwa dan merosakkan kepala dengan satu pembebanan yang tak sanggup utk digalas mahupun dipikul. bukan tidak kisah dengan jenis2 kecantikan kasut yang lain, tapi itu adalah aku. kerana aku suka. kerana aku selamba. kerana aku simple. kerana aku suka dunia ku. kerana aku tak hipokrit utk menjadi siapa aku.

biarkannya simple. kerana aku puas utk memakainya
biarkan ianya murah. kerana aku mampu utk lakukannya tapi tak bermakna hidup ku sesuatu yang murahan.
biarkan ianya ringan. kerana aku selesa dengan kehidupan
biarkan ianya hanya secalit warna. kerana ianya akan membuatkan aku ceria.

biarkan besok aku memakai selipar. kerana kehidupan besok masih ada.
biarkan besok aku memakai selipar. kerana besok pasti akan dinantikan sesuatu perubahan.
biarkan besok aku memakai selipar. kelak aku sentiasa menghargai sesuatu utk diteruskan.
biarkan besok aku memakai selipar. selagi ianya tidak putus, selagi itu aku mampu meneruskan hidup.

biarkan kata orang. hayuni langkah dengan gembira. hargai kehidupan dengan penuh bermakna


adios amigos aku berambus...!!

No comments: