masuk kels pagi tadi aku, diana hamasuba and diana slam sempat sembang2 pasal palestin... tak sanggup rasenye nak tgk penderitaan mereka.. kita sebagai pengguna hanya boleh berkata "
BOIKOT LA BARANGAN PENGGANAS... " tapi bagi aku..., jika sekadar berkata2 saja tak jadik la... sebab aku tengok kat McD and banyak lagi la barangan keluaran pengganas masih lagi digunakan dan dijual.. aku pon sama.. so..? camane kita sebagai
SEORANG ISLAM harus menentang keganasan tersebut...?
cubala anda semua fikirkan.. kita selalu melaungkan "BERSATU LAH WAHAI ISLAM" tetapi anda cuba lihat disekeliling kita.. melayu sendiri pon susah nk bersatu... dimanakah kesedaran mereka kepada manusia yg sesama AGAMA yg kini hidup dalam penderitaan..? sedarlah wahai manusia, hanya satu sahaja cara utk hancurkan pengganas yg semakin bermaharajalela iaitu ISLAM HARUS BERSATU.. semakinramai masyarakat ISLAM bersatu, maka semakin goyah la pengganas.. YA ALLAH, BERIKAN LAH KAMI UMAT MU KEKUATAN TERHADAP SEMUA PENDERITAAN INI.. AMIN
"
BERSATULAH MELAYU, BERSATULAH ISLAM"
bak kata pepatah.. sudah terhantuk baru nk terngadah
sedarlah kamu akan penderitaan mereka tanggung sekarang.. hilang saudara dalam sekelip mata...
aku sempat membaca satu hasil nukilan daripada Ulama’ Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi dalam ucapan yg beliau berikan.
" DOHA- Ulama’ Islam tersohor, Sheikh Yousef Al-Qardawi menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Islam dari Maghribi hinggalah ke Indonesia untuk mempertahankan semenanjung Gaza dan melindungi tanah-tanah Islam dari pihak musuh.
“Memberi sokongan dan perlindungan kepada rakyat Palestin adalah menjadi tanggungjawab agama setiap individu Muslim mengikut keupayaan masing-masing, dan tidak ada seorang pun yang terkecuali dari tanggungjawab ini”, tegas Qardawi dalam ucapannya sebelum demonstrasi besar-besaran menyokong Gaza diadakan di Doha.
Beliau juga menyanjung rakyat Muslim “yang menyertai demonstrasi di jalanan dan menyatakan simpati serta melaungkan sokongan kepada Gaza”, sambil menyatakan bahawa semangat Umat Islam sentiasa hidup dan sentiasa bersedia untuk berkorban bagi membantu saudara-saudara mereka.
Pada masa yang sama, beliau menyelar rejim pentadbiran Arab dengan menyatakan bahawa mereka telah hilang keberanian untuk mengambil keputusan segera untuk menamatkan penindasan di Gaza.
Beliau juga memuji semangat juang rakyat Palestin dan orang-orang Islam di Semenanjung Gaza yang patut dicontohi, bersama kepimpinan Hamas mereka sama ada yang di Palestin atau yang dibuang negara, sambil menyeru mereka supaya tidak berputus asa walau apa jua keadaan sekalipun.
“Kami bersama kamu sehingga ke nafas terakhir, dan ketahuilah bahawa kamu tidak akan kami tinggalkan dan tidak akan berpaling tadah selagi mana kamu berpegang kepada hak kamu”, tegas Qaradawi semasa menujukan ucapan beliau kepada kepimpinan Hamas dengan menyatakan bahawa pengganas Zionis sama sekali tidak akan dapat mencapai kemenangan ke atas umat Islam.
Qaradawi juga menyeru kepada setiap individu muslim supaya berdoa untuk saudara-saudara di Gaza, dan menyumbangkan apa sahaja yang mereka mampu untuk memastikan bahawa “mereka-mereka yang berada di Gaza tidak merasakan bahawa mereka bersendirian dalam perjuangan ini, menentang semua penjenayah tentera penceroboh Israel”.
Sumber: palestine-info.co.uk
Penterjemah: Ummu Sa’ad