Wednesday, February 17, 2010

Lepak Keluarga

Selamat Siang semuanya,

ya, apa macam dengan cuti2 anda diMalaysia mahupun diluar kawasan Malaysia....? happy selalu saja lah ye.. sepertimana tuan empunya blog ini yang berbunga2 hatinya sepanjang percutian bersama keluarga tercinta.... macam2 cerita berlaku.. ehee...

ya iya.. planning sudah diatur awal2 lagi.. dapat saja gaji, OPEN TABLE yaaww....!!!! destinasi yang memang confirm dituju adalah RESTORAN IKAN BAKAR HUTAN MELINTANG... ini memang tempat favorite abah nie..tapi Ya Allah, jauh sangat la... lepas balik dari makan confirm lapar balik... hahaha.. tapi demi ketam yang tercinta yang dah lame plan nk makan lagak dah macam orang mengandung je nie.. hahahah... teruskan jugak plan tuh.... abah pon dah order awal2... kul 6 order tapi pukul 8 takley nk makan lagi.. huwaaa... tapi kan, sampai2 je menu yang dah diorder tuh, fuuuuuhhh... legaa... abeh licin weyh.. sebab tuh la takde gambar yang nk ditangkap.. tak sempat babe.. masuk perut dah sume... hahahha.. tapi eh bape banyak tapi la aku nie.. huhuh... ketam sangat kecik.. huhu.. tak dapat nk rasa nikmat sebenar kemanisan ketam itu.. huhuhu... tapi dan tapi dan tapi Alhamdulillah..... eheeee

macam biasa, cuti2 harusla g kedai kan... cuti sekolah nie memang masyhuk la kan.... Alhamdulillah lagi.. rezeki kan kat mana2... bersyukur la dengan pemberian Tuhan... eh bersyarah lak aku nie... so, g kedai tolong2 amek order n angkat segala pinggan mangkuk sampai pecah.. haaa.. sume tipu tuh.. mane ley pecah... sume pinggan plastik.. hahahha...

SURPRISE....!!!!

dari abah tersayang dan mak tercinta... balik2 je rumah ada cinonet hitam putih kat rumah... dah macam beruk je aku rasa.. disaksikan oleh en razman dan en najmi... ehee... baik punya plan mak abah aku sekeluarga... THANKS sayang2 ku sume... pandai mak simpan rahsia n abah kaver line baik punya... akan ku jaga sebaik mungkin.... insyaAllah.... Alhamdulilah, syukur lagik.... huhuhu... tapi masa nk balik tuh, siap ley wat drama airmata ngan abah.... hahaha... abah la tuh, suke giler menyakat aku.... 25tahun babe duk menangis lag... wakkaakaka... bile pk balik mmg rasa malu ya amat..... kaver2 lari masuk dapur... ehhehe.... dari belakang terus abah mai peluk aku kuat2... siap abah lak yang mintak maaf kat aku.. hehehehehe... bukan ape abah sakat aku sampai aku nangis tak cukup nafas... hehehe.. tapi yang paling best bile abah peluk cium sambil cakap

"ALALALALA ANAK KESAYANGAN ABAH NIE... ABAH SAJA JA USIK.. ISSHH2...."


terhentila menangis lebey kurang 15 minit drama airmata...
hehehhehhee..
takmau la kawen, rasa macam best lak jadik anak manja mak abah nie..
wink wink wink..
saya sayang sume nye ahli keluarga saya....!!!
isshh..
dah macam cite budak ek..

moral of the story, sayang mak abah selagi diorg ada dan duk kat sejadah berdoa kebahagiaan mereka didunia dan akhirat..
oh, lagi satu, FAMILY first, pakwe last.. muakakakaa..
nasib la ko razman...




~fin!~

Friday, February 12, 2010

hari ini hari kopi teh eh copy paste dari kotak pak mail.. hehehe...

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yangdicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu denganpasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandaimemperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya

- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguhbila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Feb
ruari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran

- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

----------------------------------------------------

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

-----------------------------------------------------


April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

----------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

----------------------------------------------


Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

--------------------------------------------


Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan danperhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadapindividu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------


Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

--------------------------------------------------

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

------------------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

----------------------------------------------


November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

---------------------------------------------------


Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Saya Sayang Mak Abah Saya Dan sekarang nk balik kampung... cuti yawww..!!

Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibubapa

1. Memberi bantuan keewangan

Menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Tazkirah Jumaat

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Ady bin Hatim r.a berkata Nabi SAW bersabda “Jagalah dirimu dari api neraka

walau dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, dan kalau tidak dapat sedekah itu,

maka dengan kata-kata yang baik.” (HR Bukhari,Muslim)

ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ

Saturday, February 6, 2010

Cermin Cermin di Dinding



terasa seperti mahu meletakkan gambar yang penuh kePOYOan bergedik bersama kekasih gelap.. wahaa.. statement..!!! lu jangan wat hal babe... tidak tidak... saya masih bernafsu kepada lelaki.... oh again...!! make it clearer, bercinta dengan sang pujangga... hahahaha...

kenapakah soalan ini masih berlegar legar di ruang legar tempat yang masih mempunyai dinding...? ya, kenapa dinding.. kerana kita letak cermin mestilah dekat dinding kan.. ya, sebentar tadi baru sahaja mengetuk ibu jari kaki, eh kaki pulak, ibu jari tangan dengan mertun... tahu tidak apa itu mertun... ya, mertun, bukan mertua atau mermuda.... ya, mari merapik tengok Niyang Rapik....

sebenarnya, aku disini nk marah sket... siapalah yang mencipta cermin nie sebenarnya... dah nk cipta cermin, tolong la sama rata kan keadaan cermin tu.. ini tidak, masuk bilik budak umah aku, nampak waahh kau sungguh supermodel, masuk bilik amira, alamak kau, memang layak masuk the biggest loser... masuk bilik aku, tudiaaa... awat tang tepi saja nampak kurus.... haaa.. itu lah namanya manusia.... awat la tak pernah nak puas kan... aiiihh... so, siapa yang harus dipersalahkan nie... adakah ibu yang mengandungkan si pencipta cermin itu? erk..!!?

ya, kau jangan nk gatal gatal menyalahkan orang ya... tolong salahkan perut yang makin berSPARE2 tayar nya... hik hik... makan tak hingat hingat pastu mahu disalahkan cermin yang makin kaku tergantung di dinding tu haa....

eh, tapi betul la... kenapa ye... cermin nie masih menimbulkan syak wasangka kepada aku... mesti tak sama kan... kenapa ye? anggapla ini soalan cepumas.. kalo dapat jawab aku bagi tepuk tangan seikhlas hati... mahu mahu? hehehe....

sekarang masih bergiat aktif untuk menurunkan berat badan yang makin menjadi jadi nie sampaikan baju warna hitam sudah habis dipakai sebab mahu mengelakkan dari nampak ketul ketul yang terkeluar bak kata Kak Jah tuh, waaahh.. ape kah itu? cess.. Jah, dah ada insurans mulut... hahahaha... tidak mengapa la, mari anggap sebagai cabaran cas cas positif... wink wink...

sekarang taktik utama adalah makan sehari sekali padahal boleh tahan nafsu sampai beberapa minit saja kerana selagi makanan masih berlambak di pantri (pantri kunun, padahal ade meja je hik hik) selagi itu ulang alik ke belakang konon bajet takut membazir oh cit podah.... sudah la kau, puasa pon iya jugak tapi kau bantai bukak nafsu makan bila kau dengar ada staf mahu belanja wah sungguh kurang sopan anak perempuan md desa nie.... tidak berhati perut kerana saya sentiasa berhati hati saja... haha...

sudah sudah jangan nak bergebang dengan keberatan lemak lemak berlebihan kau... cepat tekan tubi 1000x sampai asthma kau datang balik... hahaha... esok mahu treasure hunt, agak agak berapakah kilonya lemak itu akan terbakar? sila bawa penimbang esok...

okla, tata... tengokla, betapa bezanya size sekarang? oh tidak sanggup...


wei razman, kau rasa aku masih or makin comel or memang comel..
hahaha..


dikelilingi sahabat yang kurus..
oh tidak...!!!!

Monday, February 1, 2010

Hari Ini


sebelum mula, mari gedik dengan gambar syok sendiri sebab pakai pario peneman diri..
jatuh cinta sangat dengan pario ini yang hampir nk jadik langsir... T_T


Salam semua... selamat sejahtera juga...

terasa jari jemari ini sebegitu cergas untuk menaip di blog yang telah diringkaskan background nya dengan gambar kerusi yang tak berapa nk masuk dalam kotak tuh... nampak sangat la si aku nie sangat pemalas nak naik-tarikh blog kepunyaan sendiri ini.... sudah la kau, jangan nk start mengomel-ngomel bingit telinga cair taik nya...

apa yang perlu diutarakan dengan orang kelahiran utara ini.. ya, mari mengetahui peningkatan dia yang paling baharu yang tak perlu nk diambil tahu so sila jangan ambil tahu pergi lalilu... adeh, apakah ini.. otak masih kelam kelibut dengan agenda yang tak berapa baru.. ya, beli diary konon pink sangat lembut budget sejuk mata memandang, tapi sikit habuk january kau tak updatekan disitu... aloohh.. peningkatan terbaru ye,

satu, terasa begitu sangat expert bila hari2 mengadap pc mata berpinar macam nmpk besi sengih sengih nampak gusi...
oh lalala... budget sangat best bila hari2 improve taip kat keyboard ketuk-ketang terus melupakan wajah butang2 keyboard yang hitam legam..
ya, tepuk amai2 apabila kau dapat taip laju2 tanpa salah sebab kau dh terer tang mana duk butang Backspace.. har har har...

dua, dulu kau jumpa orang kau sejuk lagi dingin walhal langsung tak menghisap gula-gula walls beku... senyum kau dh mengalahkan opah pakai gg emas 24 karat yang nk curi pon pk 2 3 4 5 6 kali... senyum2, sinis2 lama2 takde manis... hahahaha... ye, dulu sangat bagus kakak ini menjawab penuh sopan dan ayu nk mampuih tapi sekarang dh no no noooo.. jangan budget cun, budget belanja sebab baru beli baju kat blog pastu pk dua tiga kali lagi bila tiba esok nk puasa ke tidak sebab poket rasa nk keluar habuk... fuiih...
saya sudah garang sekarang ya... jangan ngada2...

tiga, agak sakit hati nk bagitahu perkara ini, umpama taik mata yang bergelumang tuh boleh dipajak gadai untuk bekalan hari tua... sekarang pukul 7 dah terbeliaq mata eh salah kantoi susah liat nk bangun subuh tapi makin improve simbah air dekat syaitooonn..!! kalo boleh nk letak dalam peti ais, jadik keras aku boleh hentak biar pecah.. hahahaha..
makin cargas untuk bangun awal yooow... sebab paling lambat bangun kene la kau ketuk pintu selagi tak bangun bukak kunci... salute la dik oiii.. menjalankan tugas dengan bagus sekali... ngeee..

ok babai, otak dh kembali normal dan berfungsi dengan baik bila sel2 bagus suruh pegi mandi...
ye.. baik.. tata...

makin jeles melihat kebahagian dan kasih sayang pakcik dan makcik nie..
sebab tiada orang tengah macam aku nk kacau time tido diorang sebab time tuh mula nak sembang2.., lompat2 kat katil zebra dan tiba2 ramai pulak volunteer nk tido depan bila si mulut murai sorang nie balik... oh sangat jeles oh oh oh..

rasa nk lari dari umah angkat semua beg hayun2 tangan tepi highway sebab nk peluk cium budak kecik bau baby... dah gemok makin kembang hidung....
ilebiu..

tipu tipu..
rambut sekarang dah botak jangan nk perasan macam model pantene ye..
rindu

masih meneruskan perjuangan..

masih menanti Rayban..
kalau nak bagi, sila mintak alamat rumah ye...
kalau boleh sebelum bulan May..
hahaha


...kali ini tata yang betul lagi benar...