credit to : Falak Online
Meteor Perseids sudah kembali! Menjelang 12 Ogos ini, bilangan meteor daripada juraian bernama Perseids akan bertambah dari sehari ke sehari. Laporan daripada International Meteor Organization menunjukkan bahawa secara puratanya, 10 meteor sejam sudah mula kelihatan sekarang. Dan ia dijangka akan bertambah sehingga 200 meteor sejam menjelang jam 2 petang waktu Malaysia pada 12hb Ogos nanti.
Namun begitu, kehadiran Bulan akan mengganggu sedikit proses mencerap meteor kali ini. Pada malam 12hb nanti, Bulan akan mula muncul menjelang tengah malam. Oleh itu, tingkap cerapan kita hanya beberapa jam sahaja, bermula selepas Isya'.
Walaubagaimanapun, peluang yang ada jangan dilepaskan!
Meteor Perseids ini berasal daripada peninggalan debu-debu Komet Swift-Tuttle, dan setiap 12 Ogos, orbit Bumi akan bergerak merentasi kawasan debu yang paling tebal yang akhirnya akan menghasilkan juraian meteor.
Jom kejar Perseids!
(Foto: Brian Emfinger dari Ozark, Arkansas pada 26 Julai lepas)
Sumber: Spaceweather.com , Science.nasa.gov
No comments:
Post a Comment