Wednesday, July 15, 2009

roda akan sentiasa berputar


ini adalah pertanyaan.. adakah anda pernah berada dipersimpangan...? maksud disini adalah persimpangan hidup.. pernah tak anda rasa risau sekiranya apa yang anda pilih, tiba2 sumenye jadi salah.. adakah anda pernah terfikir sejenak jika keputusan yang anda pilih adalah ianya tepat dan adakah ianya akan membuatkan anda gembira..? sume itu adalah persoalan2 yang perlu dijawab dengan erti rasa hati dalam diri.. yee.. aku pernah berada dalam situasi itu.. aku pernah jugak marah, geram, sedih sekiranya apa yang aku rancangkan tidak memberi apa2 kesan.., malah memburukkan lagi keadaan..

dalam usia kita yang semakin hari semakin mencecah kematangan, kita seharusnya lebih berfikir secara rasional kemanakah arah dan tujuan hidup dan dimana kita mahu letakkan makna hidup kita yang sebenar.. apakah tujuan sebenar kita hidup sebagai khalifah Allah di muka bumi ini...? arah manakah hidup yang kita harus tuju... hidup umpama signal kereta... pilih arah, pusing stering ikut arah signal, disitu la destinasi kita... AWAS, salah kasik signal, bahaya hidup.. silap2, kene langgar ngan kereta belakang... naya je.. hi hi.

aku belajar dari pengalaman aku sendiri, membuat sesuatu keputusan yang sangat berat utk aku terima.. ye.. satu keputusan utk masa depan aku... aku pernah juga membuat keputusan singkat... naahh.. jawapan terhadap keputusan itu, aku jatuh.. jatuh sehingga buatkan aku terduduk kerana melengahkan sesuatu... tapi aku bangkit semula dan mula berfikir.. ada hikmah semua ini.. memang ada.. dan aku gembira dengan hikmah itu...

my friends of mine penah berkata "ikut flow je.. apa yang dah tertulis, kita ikut sehabis yang baik".. ye.. memang kite ikut flow, tapi bagaimana flow itu....? maksud aku disini, adakah ikut bulat2...? tidak aku rasa kerana selalunya apa yang tersurat dan tesirat memerlukan kita melakukan yang lebih baik dan bersungguh2...

(azan maghrib, berhenti hormatinya..)

berfikir secara rasional dan bijak merancang masa depan adalah tips2 yang paling penting kita perlu ada... usah risau, usah khuatir, biar ianya mengambil masa yang lama dan kita terkebelakang sedikit, akan tetapi, hasilnya pasti membanggakan sekiranya kita tidak rakus dalam segala hal... kita selalunya sedih dan hampa dan menyalahkan diri sendiri dalam segala hal.. tetapi apa yang harus kita buat...? meradang tak tentu pasal? tangisi sesuatu yang telah terjadi? menangis air mata darah sekalipon takkan merubah sesuatu yang terjadi.. anda mahu pusingkan masa? cubalah... anda tidak ada kuasa itu.... menangis bukan sesuatu bonus utk kita merubah sesuatu, senyum sebentar sebelum tangisinya...

gila apa...?
dah gagal mahu senyum..
ya..
memang gila...
tapi think positive....
pinjamkan sebentar hati anda..

utk apa menangis teresak2 kalau itu dah terjadi? rebah kan sebentar tubuh anda.. sandarkan pada dinding dan tanya diri... tepuk lah bahu anda, kejutkan sebentar minda.. tanya diri.. dimana silapnya... jangan sudah terjadi baru nk sesal diri.. jangan.. aku kata jangan... biarlah orang kata "ko neh... takyah pk jauh bley tak".. biarkan tetapi jaga2.. pk jauh boleh tetapi jangan terlalu membebankan.... fikir jauh.. jauhlah anda pergi... luas lah pengalaman anda... bijaklah perkiraan anda.... ikutlah rancangannya... anda pasti gembira.... yeahh.. apa yang aku bebelkan? anda pasti faham.... rancangkah sebaik mungkin.. buangkan jauh sesalan dikemudian hari... jangan cuba2... nnt merana diri... diarikan hari anda.... diarikan pendirian anda... anda yakin dengan apa yang anda rancangkan...? anda sudah bersedia dengan segala kemungkinan...? jika ya... anda tabahkan diri anda... tak usah takut.... kata kuat.... BERSEDIA DAN BERUSAHA... itu yang perlu....

No comments: