Wednesday, July 8, 2009

Misi Yang Terkantoi #1

wahai kawan2 sekalian, sekiranya anda mahu lakukan apa2 surprise, berfikir secara bijak dan paling bernas... hahahaha...

beginilah nasib seorang budak yang kununnya nk surprise kan girlfriend tersayang utk girlfriend tercinta... waaahh.. agak geli ye word itu.. hahaha.. ("sila abaikan kegelian anda, saya masih waras dah masih ada sang kekasih yang benar2 lelaki.. uh uhh... i lap u la mista razman.. wink2..")

sebelum itu, mari kita berceloteh perilaku seorang budak yang budget tahu area kl("sebenarnya la, die tahu nek Putra LRT ngan Monorail je, kalo STAR LRT, agak terkantoi.. ehee..").. Al-kisahnya ye rakan2, die telah dipaksa membohongi kedatangan nya kepada seorang rakan yang juga rakan kepada rakan ku dan sebenarnya dia juga rakan ku.. ("ok, ding dong, pening2 jugak neh.. hehe").. kedatangan rakan tersebut ke negeri Selangor adalah bagi memenuhi undangan temuduga di sebuah kolej... dan dengan bantuan seorang rakan satu lagi yang kononnya expert jalan2 kaki menggunakan public transport, dia telah menawarkan diri menjadi tourist guide yang tak bertauliah.. setibanya rakan itu pada pukul 12, dengan rushing mengejar masa, mereka menuju ke kawasan Komuter Shah Alam.. ouuhh.. peringatan.. sila klik pada ayat ini... (klik dimulakan sekarang).. ye, kami sudah bersemuka dengan si botak itu.. dan memang sah...!!..

sambungan cite... sesampainya kami di Bank Negara("inilah tempat keinginan kami budak2 math utk bekerja dan berkhidmat dengan Bank Negara"), kunun2 nye, nmpk jalan singkat utk ke stesen LRT, so dengan selamba dan ketakutan akibat melalui jalan yang sangat menggerunkan kami sampai dengan penuh lega... baiklah, disini aksi bermula...

dengan hati yang keriangan, tren pon sampai.. dengan selamba juga, kami melangkah penuh yakin.... masuk tren, senyum lebaq dapat duduk dan menarik nafas lega...
kecuaian berlaku yang dilakukan oleh tourist guide apabila dia tersedar bahawa die telah melakukan satu kesilapan.. ye kawan2.. dengan penuh muke cuak yang amat dengan gelagat kelam kabut yang memang telah diakui oleh rakan2 yang lain, dia tersedar bahawa tren tersebut adalah SALAH sama sekali dan takkan sampai ke destinasi..("STAR LRT ada 2 tren(tahu, tapi dah lupa).. Ampang dan Sri Petaling).. nasik dah jadik bubur apabila kesedaran berlaku apabila ternampak signboard yang telah ditulis SALAK SELATAN dan tren tersebut adalah tren Sri Petaling.. destinasi kami ialah PANDAN JAYA yang sepatutnya menaiki tren ke Ampang... so, amat bertentangan sama sekali... akan tetapi, bubur tadi dah jadi bubur mekdi segera apabila kami berpatah balik dan menaiki tren yang betul... kami sampai dengan selamat...

kelam kabut kali kedua

apakah perasaan anda apabila kita bertanya, orang akan beri jawapan

  1. " hmmm.. cube akak tanye kat orang sane",
  2. "awak jalan terus, bile jumpe kaunter, tanye kat kaunter sane ek (kegunaan kaunter yang diberi kaunter pertanyaan.. itu adalah cara yang sungguh sopan apabila kite sebenarnya tak tahu, tapi memberi respon yakin tahu dengan penuh tatasusila dan beretika..hehe)",
  3. "ok, awak pegi tingkat 2 (akan tetapi tak bagitau pon nk belok tang celah mana ntah)
  4. "saye tak tahu pun ade interview kat sini" (jawapan yang penuh ikhlas dan amat yakin-akan tetapi, sebenarnya dia tidak mengambil tahu hal sekeliling kerana, interview diadakan bersebelahan aje ngan tempat keje die.. apekah gelaran utk dia ye?)
dan cara jawapan yang diberi oleh pekerja terakhir telah menyebabkan rakan kesayangan ini sungguh cuak dan cuak lagi apabila dia menelefon orang yang call for interview tidak berangkat... tetapi keyakinan kembali datang apabila setiap kali die kol, kami dengar dengan jelas deringan telefon disebelah kami.. uii uiiii...?? apekah maksud itu..? beberapa minit kemudian, tourist guide itu telah melangkah sebanyak 10x dan melihat keresahan para2 sakura, eh eh.. para tukang nk kene interview menunggu di luar dewan peperiksaan.. up upp.. meeting room... dan budak yang akan kene interview itu pun menarik nafas lega.. uuuuuhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... begitulah kirenye...

apakah perasaan yang membuak2 didada
sekiranya kita menganggap kita lewat
akan tetapi, rupa2nya menunggu
sehingga 3 jam utk
masuk ke destinasi..
yaaa..
sila2 rasakan..
hehehe..

all da best darling..!!

(updated..!! budak itu dah diterima bekerja)





No comments: